Kerjaya kelab Cengiz_Ünder

Kerjaya awal

Ünder memulakan kariernya di kelab Altinordu sebelum berpindah ke Başakşehir.[1] Semasa musim kemuncaknya di Başakşehir, Ünder menjadi salah satu pemain terbaik liga, di mana beliau telah menjaringkan tujuh gol dalam 32 perlawanan saat musim sulungnya di Süper Lig.[2]

Roma

Pada 16 Julai 2017, beliau melakukan perpindahan ke kelab Itali, Roma dengan perpindahan yang bernilai €13.4 juta.[3] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Roma ketika aksi Serie A menentang Hellas Verona pada 4 Februari 2018.[4] Pada bulan yang sama, beliau menandakan penampilan sulungnya di pentas Liga Juara-Juara Eropah dengan menjaringkan gol semasa aksi menentang Shakhtar Donetsk dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati.[5] Rekod tersebut telah meletakkannya sebagai pemain Turki termuda menjaringkan gol di Liga Juara-Juara.[6]

Berkaitan